Puisi Harapan

HARAPAN
Karya:
Aisha Ardini

Hancur dua hati,
Berkecai menjadi debu,
Lagi kecil dari zarah-zarah dunia

Hatiku,
Melihatnya bulan,
Tatkala ia mengambang,
Menyinarkan segala yang ada,
Hatiku terpanah dan tergembira,
Tapi hakikatnya aku tersadung

Hatinya,

Sejuta kemaafan tak terkira,
Sedangkan aku merana,
Hancurlah hati bukan seperti kata-kata,
Zarahnya lagi kecil,
Tak dapat diukur dengan bibir,

Tapi,
Pergilah selama-lamanya,
Perasaan itu harus pergi,
Sebelum meretakkan hati ini lagi,
Cukuplah setakat ini,
Dia akan ku jaga,
Ku tatang sehingga dia berjaya,
Dan tahu kepada siapa,
Harus dia berpaling kelak

Biarlah aku,
Tetap jadi singgahsananya,
Tuk berdua membina mahligai,
Bertiangkan kejujuran dan kasih sayang,
Moga dia tahu,
Mengerti,
Kali kedua ini tiada berganti

18 September 2009
11.25pm