Puisi Aku dan Comot

AKU DAN COMOT
Karya:
Aisha Ardini
Singkatnya perkenalan antara kita,
Disulami sayang dan cinta,
Walaupun hanya sementara,
Kesakitanmu,
Menyebabkan hatiku luluh,
Hiba tiada terkira,
Rembesan hujan menguasai hati,
Guguran daun berterbangan,
Bagaikan menarik helaian hatiku,
Aku jatuh
Peninggalanmu,
Aku terkapai-kapai mencari nafas,
Mengenggam udara,
Tatkala cinta mula melabuh,
Tuhan menutup tirainya,
Aku rebah

30 Disember 09
11.28 pm




.